Rahasia Kunci Rezeki Yang Harus Kita Ketahui

Dulu Tukang Sapu, Kini Tri Pengusaha Sukses
Dulu Tukang Sapu, Kini Tri Pengusaha Sukses
May 18, 2013
Hendy
Hendi Setiono, Presiden Direktur Kebab Turki Baba Rafi
May 18, 2013

Rahasia Kunci Rezeki Yang Harus Kita Ketahui

success-key

Inilah rahasia kunci rezeki yang harus kita ketahui. Paling kurang terdapat 10 kunci pembuka rezeki yang perlu di lakukan secara serius oleh setiap individu Mu’min yang berdasarkan panduanAl-Qur’an dan al-hadits sebagaimana yang tersebut dalam buku ‘Pembuka Kunci-kunci Rezeki Berdasarkan kitab Al-Qur’an dan As-Sunnah’ oleh Doktor Fadhl llaahi iaitu sebagai berikut:

Kunci Rezeki Yang Pertama: Istighfar dan Taubat
i. Hendaklah dia menahan dari melakukan maksiat (tidak lagi mengulanginya lagi).
ii. Hendaklah dia menyesal terhadap ketelanjurannya.
iii. Hendaklah dia bercita-cita untuk tidak mengulanginya lagi.
iv. Hendaklah dia melepaskan hak tuannya. Hendaklah memulangkan semula harta kepada tuannya atau meminta maaf atau meminta kemaafannya. Tanpa salah satu ciri-ciri ini, menurut para ulama, maka taubatnya adalah tidak sah.

Kunci Rezeki Yang Ke-2: Taqwa
Memelihara diri dari perkara yang mencetuskan dosa; dan yang demikian di peroleh dengan meninggalkan perkara yang haram. Manakala ketaqwaan itu dapat disempurnakan dengan meninggalkan sebahagian perkara yang harus (mubaah).

Kunci Rezeki Yang Ke-3: Berserah kepada Allah.
Berserah itu tidaklah bermaksud meninggalkan usaha (bekerja keras); dan sungguhnya seseorang Islam perlu bekerja keras, bersungguh dan berusaha mencari sumber pendapatan. Akan tetapi janganlah pula berpegang kepada kerja keras, kesungguhan dan usaha semata-mata (tanpa memohon kepada Allah); malah hendaklah beri’tiqad (mempercayai) bahawa semua perkara itu adalah kepunyaan Allah; dan sesungguhnya segala rezeki itu adalah daripada Allah, Tuhan Yang Maha Tunggal sahaja (tiada lah tuhan yang lain selain Allah).

Kunci Rezeki Yang Ke-4: Bertumpu Ibadah kepada Allah.
Maksudnya bukanlah dengan cara meninggalkan usaha kehidupan dan duduk dalam masjid sewaktu malam dan siang, tetapi apa yang di kehendaki adalah menghadirkan hati dan tubuh di kala beribadah, terasa kusyu’ dan tunduk kepada Allah Yang Maha Tunggal, merasakan Kebesaran Allah Ta’aala dan merasakan bahawa dirinya sedang bermunajat dengan Tuhan maha Agung lagi Maha Berkuasa.

Kunci Rezeki Yang Ke-5: Susul-menyusul antara Haji dan Umrah.
Maksudnya hendaklah menjadikan salah satu antara keduanya ikut-mengikutkan, iaitu apabila kamu telah berhaji, maka hendaklah diikuti dengan umrah; dan apabila kamu telah ber‘umrah, maka hendaklah kamu berhaji; kerana keduanya saling ikut-mengikutkan (jika mampu).

Kunci Rezeki Yang Ke-6: Menghubungi Keluarga
Kata silaturrohim (menghubungi keluarga) adalah menggambarkan berlaku baik kepada keluarga atau kerabat yang mempunyai pertalian keturunan dan sebab hubungan perkahwinan; juga menggambarkan hendaknya bersifat lemah-lembut dan bersimpati kepada mereka dan mengawasi keadaan-keadaan mereka.

Kunci Rezeki Yang Ke-7: Berbelanja Di Jalan Allah
Maksud berbelanja (disini) ialah : Berbelanja yang digalakkan dalam Agama seperti berbelanja kepada orang fakir dan berbelanja di jalan Allah untuk menolong Agama (Islam).

Kunci Rezeki Yang Ke-8: Berbelanja Kepada Penuntut Ilmu Islam.
Berbelanja kepada penuntut atau orang-orang yang menumpukan masanya untuk mencari ilmu Agama Islam (Syara’).

Kunci Rezeki Yang Ke-9: Membantu Orang Yang Lemah (Miskin).
Mencari keridhaan Allah dan Rasulnya dengan membantu dan menolong orang- orang fakir (iaitu amat miskin atau orang yang memperoleh pendapatan yang serba tidak mencukupi). Allah akan menolong bagi sesiapa yang berbuat demikian bagi menentang musuh-musuhnya (di kalangan orang-orang Kaafir) dan juga merezekikannya (sehingga mereka menjadi kaya).

Kunci Rezeki Yang Ke-10: Berhijrah Dijalan Allah.
Maksud hijrah sebagaimana kata Al-Imaam ar-Raaghib Al-Ashfahaani r.a. ialah “jalan keluar dari Negara kufur (syirik) ke Negara beriman (tauhid), sebagaimana perlakuan penghijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.’Hijrah itu wajib – sebagaimana kata as-sayyid Muhammad Rasyiid Ridha: “Dimana kewujudan berhijrah di jalan Allah Ta’aala bagi menegakkan AgamaNya sebagaimana yang diwajib dan dikasihi Allah Ta’aala, di mana orang-orang Mu’min di kehendaki menolong orang-orang yang dizalimi orang-orang Kafir.”

Sumber: Ebook Kunci-Kunci Rezeki Menurut Al Quran dan Sunnah. Tags: download, gratis, free, ebook, buku rezeki diantar, kunci rezeki, rizki, kunci rezeki yang hilang, kunci-kunci rezeki, murah rezeki, rezeki berlimpah, rezeki tak terduga, rizki melimpah, rezeki berkah, rahasia rezeki, keajaiban rezeki, rezeki diantar.

Sumber : http://www.sholat-dhuha.info/2012/03/ini-dia-rahasia-kunci-rezeki-yang-harus.html#.UZemD8oxAlg